Please Cermin Diri Kau Tu Dulu, Zara Zya

Share:

Pelakon Zara Zya menerima cemuhan dari seorang pengguna IG yang boleh dilabel sebagai seorang netizen yang cemburu melihat hubungan cintanya bersama pelakon Hafreez Adam.

Zara Zya mendedahkan kecaman yang diterima menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.


Netizen yang menggunakan nama Instagram @zeti_995 dilihat amat amrah dan benci dengan Zaea Zya serta menuduh Hafreez Adam tak ikhlas dalam hubungan cintanya bersama Zara Zya.

Zara Zya mendedahkan komen pengguna IG berkenaan semalam.

Ini fotonya:



Di ruangan komen, Hafreez  Adam telah menulis komen dengan memberi kata-kata semangat kepada Zara Zya.

Turut melontarkan komen adalah rakan-rakan artis lain seperti Eina Azman, Hanez Suraya, Idzham Ismail, Nabila Huda, Ika Nabella yang turut menempelak tindakan @zeti_995 itu.

Entah apa yang didendamkan sangat oleh pengguna Ig tersebut dengan Zara Zya.

Untuk pengetahuan, Hafreez Adam dan Zara Zya mula menjalin hubungan cinta sejak sama-sama terlibat dengan drama bersiri Monalisa yang pernah bersiaran di Astro Prima.

Zara Zya kini menjadi salah seorang peserta Super Spontan Xtravaganza.

Semoga Zara Zya terus bertenang dan tidak terlalu memikirkan komen komen negatif dari para haters seperti individu berberkenaan. Yang penting diri sendiri happy.

Tiada ulasan