Reaksi Daiyan Trisha, Dedah Kisah Dengan Aliff Aziz Yang Terkenal Dengan Kontoversi

Share:

Penyanyi yang kini bergelar pelakon iaitu Daiyan Trisha kini semakin mengukuhkan namanya sebagai seorang selebriti serba boleh di Malaysia.

Namanya sebagai pelakon mula naik menerusi drama Pilot Cafe dan kini Daiyan Trisha memegang watak utama dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia.

Daiyan Trisha kini tampil mendedahkan pengalaman bekerja dengan pelakon yang juga penyanyi Aliff Aziz yang sebelum ini sering terlibat dengan pelbagai kontroversi dan sudah tentu paling popular dengan isu melibatkan diserbu oleh isterinya dengan Afifah Nasir di pusat hiburan nyanyian.

Katanya, walaupun Aliff Aziz sebelum ini ada isu panas, Daiyan Trisha tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pelakon kelahiran Singapura itu yang menjadi hero nya dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia.

Ini pendedahan dari Daiyan Trisha:

"Apabila saya dapat mengetahui yang Aliff bakal menjadi hero saya dalam drama bersiri tersebut, saya rasa ini merupakan satu pengalaman yang baru. 

"Syukur, Alhamdulillah saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Aliff dan kami bekerja dengan profesional,"  

"Saya terus teringat statusnya sebagai suami orang serta kontroversi yang pernah dilalui Aliff ketika saya mula ditawarkan watak sebagai Adelia. Tetapi, saya tidak mahu cepat menghukum. 

"Saya tidak mahu perkara tersebut menjadi penghalang untuk saya mengenali dan berpasangan dengan Aliff dalam Sejuta Rasa Buat Adelia.  

"Selepas itu, penggambaran pun bermula. Semuanya berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar," 

Selain Daiyan Trisha dan Aliff Aziz, drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia turut menampilkan lakonan Elvina Mohamad, Adam Lee, Vicha, Zalif Sidek dan ramai lagi.

Drama ini mengambil tema tukang masak atau chef sebagai jalan ceritanya. Memang lain dari yang lain. Jangan lupa layan drama best ini.

Tiada ulasan