Respon Padu Haiza Tentang Gimik Ifa Raziah Dan Sheeda

Share:

Bekas peserta Gegar Vaganza, Haiza Hanafi mebuat kenyataan bahawa dia tak bersetuju dengan cara dan strategi menggunakan gimik untuk melancarkan lagu atau produk baru yang semakin menjadi-jadi di kalangan artis.

Haiza berkata, ia hanya menggundang fitnah dan bukan cara yang sihat untuk menyerlahkan bakat.

Ini jelas Haiza:

"Saya tidak setuju dengan cara itu (gimik) untuk memperkenalkan lagu kerana perkara seperti itu hanya mengundang fitnah.

"Lagi pula saya rasa gimik tidak sesuai untuk orang yang usia seperti saya," 

Haiza berkata demikian ketika diminta pendapatnya tentang trend artis yang menggunakan cara itu untuk lebih mendapat perhatian.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang gimik pergaduhan artis dangdut Ifa Raziah dan Sheeda, Haiza mengakui turut berasa tertipu dengan gimik berkenaan.

Katanya, perkara itu hanya menimbulkan pertelagahan antara netizen dan pengikut laman sosial mereka.

"Saya pun tertipu dan secara jujur sebagai penonon kita akan fikir bukan-bukan. Ia juga menjadi punca orang bertelagah di laman sosial.

"Tapi terpulanglah kepada mereka, jika mereka rasa perkara itu boleh membantu kerjaya atau produk mereka, terpulang..." 

Awal minggu lalu, kecoh di media sosial dengan isu video pergaduhan serta serang-menyerang penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah di tempat letak kereta.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kedua-dua penyanyi itu mendedahkan ia hanya gimik semata-mata.

Selain itu, apabila bercakap tentang perancangan keluarga, Haiza mengakui mempunyai hasrat untuk menambah cahaya mata.

Katanya, waktu ini adalah masa yang sesuai dan meminta peminat mendoakan diberi rezeki tersebut.

"Saya sudah bersedia jika diberi rezeki itu sekarang, harap semua doakan saya.

"Anak saya Iman pun sekarang sudah berusia lima tahun dan selalu juga bertanya tentang adik," 

Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007 dan dikurniakan cahaya mata Nur Iman Syafie yang kini berumur 5 tahun.

Tiada ulasan