"Saya tak kuat" - Linda Rafar akui menangis

Share:

Pelakon popular yang juga penyanyi dari kumpulan Elite iaitu Linda Rafar berkata dia bakal menghasilkan sebuah filem bagi menceritakan pengalamannya bersama arwah anaknya.



Untuk pengetahuan arqwah anaknya iaitu Memen atau Rezaimen Keiflin Keifli telahpun meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Berbicara tentang pembikinn filem berkenaan, Linda Rafar, akui kini dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

"Kalau boleh memang nak hasilkan filem berkaitan Memen, saya nak kongsikan dengan penonton mengenai perasaan seorang ibu yang kematian anak.

"Namun saya tidak kuat, sehingga sekarang saya akan menangis jika melihat pintu masuk Hospital Kuala Lumpur, namun saya anggap ia cabaran untuk menyiapkan filem ini"

Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Apabila ditanya dia begitu kuat dalam menghadapi perkara berkenaan, Linda Rafar menjelaskan dia tidaklah kuat malah akan menangis apabila melihat pintu hospital HUKM.

Tetapi itulah dugaan dan cabarannya.

Ini video tembuat Linda Rafar (via mSTar)

Tiada ulasan