Selepas Tekad Bertudung Menutup Aurat, Ini Yang Berlaku Kepada Penyanyi Maya

Share:

Penyanyi Maya kini telah tekad untuk terus bertudung menutup aurat.

Nampaknya usaha dan niat murni Maya telah dipermudahkan apabila dia tekad untuk meneruskan penampilan menutup aurat itu selepas sambutan Hari Raya Aidilftri yang lalu.

Berumur 42 tahun, Maya berkata, penampilan baru yang dituntut agama itu membuatkan dirinya rasa lebih dihormati terutama membuat persembahan dan bertemu peminat.

Ini pendedahan Maya:

"Imej kita lebih bersih bila berhijab dan orang akan lebih hormat terutamanya bila ramai yang nak bergambar dan kadang-kadang tidak perasan terpegang.

"Tapi jika bertudung mereka akan berhati-hati menjaga batasan terutama peminat lelaki, nak bersalaman pun mereka akan fikir dua kali," 

Syukur buat Maya kerana itulah yang berlaku setelah dirinya mula mengenakan tudung, itulah kemanisannya menutup aurat, buat diri wanita lebih berharga.

Sementara itu, berbicara tentang penghijarahn itu, Maya dikhabarkan mempunyai hasrat untuk mendirikan rumahtangga.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, penyanyi lagu Matahari itu telah menafikan perkara berkenaan dan dia tidak berhijab untuk berkahwin.

Maya yang mengakui sedang mengenali seorang lelaki menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Ini katanya:

"Saya juga berharap urusan jodoh dipermudahkan dan mendapat seorang lelaki yang lebih baik.

"Jodoh itu milik allah saya reda dengan apa yang sudah ditentukan kepada saya,"

Sebelum ini, Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, namun jodoh mereka tidak berkekalan apabila pasangan ini bercerai pada 17 Ogos 2015.

Sumber: mStar

Tiada ulasan