Setelah 7 Bulan Berkahwin, Ini Pendedahan Tauke Raja Lawak

Share:

Tauke Raja Lawak akhirnya berkongsi khabar gembira tentang isterinya isterinya, Nadia Mohd Effendi.


Pelawak yang juga anggota kumpulan Jambu ini mengesahkan bahawa isterinya kini hamil dan mengandung empat bulan.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamratul Zamri Zakaria mendedahakan perkara berkenaan kepada portal Berita Harian.

Katanya lagi, isterinya dalam keadaan baik dan mahu peminat berdoa kesihatan isterinya baik sepanjang tempoh mengandung.

Berbicara lebih lanjut tentang keadaan isteri yang sedang hamil, Tauke berkata, setakat ini, Nadia tidak ada mengidam makanan pelik.

Tauke berkata dia akan cuba memenuhi permintaan isteri sebaik mungkin.

Ini komen Tauke Raja Lawak:

"Saya belum sempat berkongsi dengan sesiapa mengenai perkara ini. Namun, saya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri," 

"Buat masa ini, isteri tidak meminta makanan yang bukan-bukan. Namun, saya penuhi semua yang diminta kerana takut itu yang dihajati bayi dalam kandungan.

"Selain itu, ramai juga yang bertanya mengenai tubuh isteri yang kurus. Selera makan isteri sebenarnya normal, mungkin genetiknya memang begitu," 

Selepas lima tahun menduda, Tauke mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Tahniah di atas berita gembira ini. Semoga segalanya dipermudahkan.

Tiada ulasan