Siti Nurhaliza Mula Bimbang Dengan Aafiyah.. Akur Dengan Nasihat Suami

Share:

Penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mula meluahkan rasa bimbang dan kini akur dengan  nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa supaya tidak kerap memuat naik gambar anak perempuan mereka, Siti Aafiyah di laman media sosial Instagram.


Siti Nurhaliza menyatakan, nasihat dari suami itu dibuat kerana mereka berdua bimbang Aafiyah akan menjadi sasaran netizen yang tidak senang akan keadaan itu yang pada akhirnya akan menjadi bahan umpatan.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif... Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

"Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati," 

Aafiyah yang kini berusia empat bulan semakin popular di kalangan para netizen dan boleh dikatakan bayi paling popular untuk tahun ini..

Dalam pada itu, Siti memberitahu tidak teragak-agak untuk block follower di laman sosial itu yang meninggalkan komen negatif kepada anaknya itu.

Kata Siti, dia berbuat demikian kerana ingin mengelak daripada keadaan itu akan menimbulkan fitnah selain perbalahan dalam kalangan pengikutnya.

"Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

"Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat," 

Baru-baru ini, Siti pernah dikritik netizen yang menyelar tindakannya membernarkan Aafiyah berenang menggunakan pelampung pada bahagian leher.

Siti memuat naik video aksi anak perempuannya itu di sebuah spa kanak-kanak.

Walaupun ianya selamat dan memang dilakukan ibu bapa yang lain, namun Aafiyah yang jadi mangsa kecaman netizen yang berfikiran negatif.

Tiada ulasan