Siti Saleha Tak Sedap Hati

Share:

Pada mulanya dah setuju, kemudian tak jadi.




Oleh kerana tidak mahu menyusahkan syarikat produksi, Siti Saleha akhirnya terpaksa membatalkan niatnya untuk membintangi sebuah drama walaupun pada mulanya bersetuju dengan tawaran itu.

Semuanya gara-gara jadual padat selain pelakon jelita itu tidak sampai hati membiarkan syarikat produksi menunggu terlalu lama hingga dia mempunyai masa lapang.

"Bulan ini jadual saya padat... Saya perlu pergi ke beberapa destinasi. Malah, saya dan suami sudah merancang meraikan ulang tahun pertama perkahwinan di Jepun, akhir bulan ini.

"Walaupun syarikat produksi sanggup menanti, saya tak sedap hati pula. Ini kerana saya enggan menyusahkan orang termasuk syarikat produksi dan rakan artis lain yang terbabit dengan projek itu,"

"Banyak perkara saya pertimbangkan sebelum menolak tawaran itu. Namun, biarpun tak jadi, saya berterima kasih atas kepercayaan syarikat produksi itu," 

Siti Saleha berkata, dia perlu memikirkan masa rakan artis lain yang sudah bersetuju berlakon di bawah produksi terbabit.

Dalam pada itu, Siti Saleha dilihat telah melawat wad kanak-kanak baru-baru ini.

Berkata tentang lawatan ke Wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Isnin lalu, Siti Saleha berkata, kunjungan itu adalah untuk tunaikan hajatnya yang tertangguh sejak awal tahun.

Siti Saleha yang juga adik Sam Bunkface berkata, dia terpanggil untuk mengunjungi wad itu demi memberi sokongan moral dan menceriakan kanak-kanak yang menjalani rawatan.

"Sebelum ini, saya bersama beberapa teman artis pernah membuat aktiviti bersama pesakit kanser. Inilah sumbangan yang saya mampu lakukan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial.

"Lebih bermakna kunjungan ini juga ditemani suami. Kami dapat laksanakan pada musim Syawal selepas memasang niat sejak awal tahun lagi," 

Semoga maju jaya buat Siti Saleha

Tiada ulasan