Syaitan Banyak Sangat - Abam

Share:

Selebriti popular Abam dari kumpulan pelawak Bocey akui bahawa kedatangan bulan Syawal banyak memberi dugaan kepadanya memandangkan dia kini sedang dalam misi mengurangkan berat badannya.


Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata dia seringkali gagal menahan godaan apabila melihat pelbagai hidangan enak disediakan setiap kali berkungjung ke rumah terbuka (open house).

Ini jelasnya:

"Memang saya akui raya kali ini rosak sikit diet saya. Saya cuba mengawal nafsu tapi nampaknya 'syaitan' banyak sangat... Hahaha.

"Walaupun adakalanya tergelincir daripada landasan tetapi saya selalu ingatkan diri tentang usaha saya selama ini agar ia tidak menjadi sia-sia," 

Abam yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 25 kilogram memberitahu akan terus fokus dengan misinya sehingga tercapai.

Ketika ini sememangnya bentuk fizikal Abam sudah banyak berubah.

Pelawak ini bersyukur kerana menerima sokongan padu dari keluarga, isteri dan rakan-rakan sekeliling yang sentiasa memberinya semangat agar tidak berputus asa.

Ini pendedahan dari Abam:

"Sebelum ini berat badan saya 188 kilogram dan Alhamdulillah berjaya kurangkan 25 kilogram.

"Masih jauh lagi perjalanan saya malah berharap dapat mencapai angka bawah 100 kilogram," 

Tentang cara menurunkan berat badan, Abam mengamalkan pemakanan seimbang dan juga melakukan senaman bersama jurulatih peribadi dan secara berkumpulan.

Dalam perkembangan kerjaya seninya, Abam bakal bersaing dalam program Super Spontan Xtravaganza yang memulakan siaran bermula 20 Julai ini di Astro Warna.

Abam juga bakal membintangi filem Jodoh Syaitan disamping Aprena Manrose, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su dan Fauziah Nawi.

Tiada ulasan