Syatilla Melvin Alami Pendarahan Yang Teruk, Disahkan Gugur.. Takziah Diucapkan

Share:

Pelakon yang juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin telah meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua tak kesampaian apabila dia disahkan telah mengalami keguguran minggu lepas.


Syatilla  Melvin memberitahu, ketika gugur, dia sedang hamil enam minggu.

Menceritakan detik yang berlaku, pelakon berumur 26 tahun ini telah mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.

Ini cerita Syatilla Melvin:

"Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur.

"Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami reda dengan apa yang telah berlaku"

Apabila perkara berkenaan berlaku amat menyedihkan, Sytailla Melvin tetap reda dengan ketentuan yang terjadi itu.

Pelakon drama Sha Dan Shah ini berkata, dia dan suami akan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua selepas kelahiran pertama iaitu Syeriv Samheizy yang kini telahpun menjangkau usia setahun.

Malah Syatilla bersedia untuk hamil lagi selepas habis berpantang akibat keguguran dan akan menjaga kandungan nya itu dengan lebih berhati-hati.

"Jika selepas ini saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan menjaga kandungan tersebut sebaiknya"

Sebelum ini, Syatilla Melvin pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan Syeriv.

Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian dan pasangan ini dapat anak lelaki pada 9 Mei 2017..

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah berkahwin pada 8 Februari 2016.

Apapun takziah buat keluarga Syatilla Melvin, semoga berehat secukupnya dan semoga sihat selalu diucapkan.

Sumber: mStar

Tiada ulasan