"Tahap Monyet... Bila Tengok Pengacara Melodi Tergedik"- Syazwan Zulkifli

Share:


Pelakon popular tanah air Syazwan Zulkifly telah meluahkan rasa kurang senangnya terhadap pengacara melodi iaitu Janna Nick.



Luahan ditulis oleh Syazwan Zulkifly apabila melihat  Janna Nick mengacarakan program hiburan itu di TV3.

Syazwan Zulkifly yang kini berumur 31 tahun, menulis di Twitter dalam nada kecewa apabila menyamakan industri hiburan dengan 'monyet'.

Ini tulisnya di Twitter:

"Terasa tahap monyet pulak industri aku ni bila tengok pengacara perempuan melodi ni tergedik-gedik terkinja-kinja handle program ni"




Namun Syazwan menegaskan ayat monyet itu adalah untuk industri hiburan dan bukannya kepada Janna Nick.

Pelakon ini juga memohon maaf kepada Janna Nick sekiranya terasa dengan penulisannya itu.

Ini katanya:

"Tiada apa yang saya tidak berpuas hati dengan pengacara itu (Janna Nick), cuma secara peribadi sebagai penonton ia nampak jengkel di mata saya.

"Saya mohon maaf jika mengguris hati pengacara tersebut dan peminat beliau"

Ini video nya:



Dalam pada itu Janna Nick juga tampil memberi responnya terhadap isu ini.

Sebagai pengacara rancangan yang amat popular itu, Janna mengambil segaal teguran yang diberikan.

Ini komen Janna:


"I respect others people's opinion and i appreciate constructive criticism.. because i want to improve myself to become better.."

Itulah isu yang melanda antaar Syazwan Zulkifly dan juga Janna Nick.

Tiada ulasan