Tak cukupkah sekadar itu... Akui rindui senyumannya - Suami Fynn Jamal sedang sakit

Share:

Penyanyi Fynn Jamal telah meluahkan rasa hati menerusi beberapa entri di Instagram yang memberi bayangan tentang keadaan suaminya Hazrilfitri Hadzir sedang sakit.

Ini telah mencetuskan pertanyaan tentang keadaan sebenar suaminya itu.


Fynn atau nama penuhnya Affina Yanti Jamalludin bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak mempunyai jawapan mengenai persoalan itu dan meminta agar diberikan ruang dan masa.

Dalam pada itu, penyanyi berumur 35 ini berkata, dia memaklumkan tentang hal suaminya yang tak sihat kerana merasakan perkara itu perlu sekiranya ada perkara berbangkit seperti hutang, ada sebarang masalah atau pun isu-isu lain.

Kata Fynn lagi, ada sebab mengapa dia tidak memaklumkan keadaan sebenar suaminya termasuk dia sendiri masih keliru dan samar tentang penyakit yang dihadapi suaminya itu.

"Boleh anda semua bertimbang rasa dan ada rasa belas kasihan wahai pengikut kesayangan semua?

"Aku cuma minta kefahaman dan masa. Tidak cukup ditanya di ruang komen, ada di antara anda yang menggangu rakan dan keluarga untuk mengetahui perkara sebenar.

"Tak ada makna. Kami semua tak ada jawapannya," 

"Makluman tentang suami tak sihat itu perlu. Sekirang ada hutang, ada masalah, ada isu. Takut orang fikir kerja tertangguh adalah sengaja maka pemberitahuan perlu ada.

"Tapi tidakkah cukup sekadar itu? Pastinya ada sebab kenapa masih tidak ditulis diagnos sebenar, antaranya; kami sendiri masih dalam keliru dan samar-samar.

"Kalaulah mudah, dah lama aku khabarkan, kan? Kalau patah, bilang patah. Kalau demam, bilang demam. Kan?," 

"Di sini sahajalah ruang aku ada untuk bercakap tentangnya. Beri aku dua tiga hari lagi. Insya-Allah apabila perasaan aku kembali tenang - aku cuba semula berjenaka.

"Doakan suamiku, Hazrilfitri Hadzir kesembuhan. Semoga dia jadi seperti sediakala. Aku Wallahi merindui senyumannya," 

Fynn telahpun memohon maaf kepada pengikutnya kerana sejak kebelakangan ini tulisannya di laman sosial itu agak berat.

Untuk pengetahuan, pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri.

Apapun semoga suami Fynn Jamal kembali sihat seperti biasa.

Tiada ulasan