Takziah buat keluarga Rosma, Khai.... Semoga Terus Tabah

Share:

Takziah buat keluarga penyanyi Rosma dari Akademi Fantasia tentang berita terbaru yang baru diterima.

Bapa kepada Rosma disahkan telah meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam pada hari Jumaat yang lalu.


Menerusi perkongsian dari pihak pengurusannya, bapa Rosma yang juga merupakan bapa mertua kepada penyanyi Khai AF, disahkan meninggal dunia.

Nama penuhnya ialah Sidik Abu Bakar dan telah berumur 81 tahun.

Sememangnya Arwah mempunyai beberapa penyakit seperti kencing manis dan juga dikatakn telah mengalami stroke.

Allahyarham Sidik  telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kuantan, Pahang setelah beberapa kali mendapat rawatan di hospital.

Difahamkan semua ahli keluarga termasuk Rosma berada di sisi ketika saat terakhir ayahnya itu.

Jenazah akan dikebumikan semalam.

Pihak pengurusan Khai, Rosma juga meminta maaf kerana terpaksa membatalkan acara yang sepatutnya dihadiri.

Takziah diucapkan buat penyanyi Rosma dan juga ahli keluarga.

Untuk pengetahuan, Khai dan Rosma telah berkahwin pada tahun 2008, sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Kedua-dua mereka kini berjaya sebagai ahli perniagaan dan kini sibuk mempromosikan produk mereka.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan