Tanya Aidil... Saya Memang Bahagia - Fasha Sandha

Share:

Selebriti popular tempatan Fasha Sandha tidak mahu menyatakan sebarang kepastian tentang hubungannya dengan pelakon Aidil Aziz.


Fasha Sandha sebaliknya menyerahkan kepada Aidil Aziz untuk menjawab pertanyaan tentang perancangan membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Pelakon berumur 34 tahun ini, berkata, sebagai seorang perempuan, tak manis untuk dia mengulas lanjut tentang hal hubungan dan perancangan hubungan mereka berdua.

Walaubagaimanapun Fasha Sandha mengakui dirinya sedang melalui fasa bahagia dalam hidup.

"Persoalan mengenai hubungan kami, rasanya lebih manis jika Aidil yang ulas. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya mengunci mulut. Ada baiknya juga jika persoalan itu ditanyakan terus kepada Aidil.

"Andai ditanya mengenai bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia.

"Hanya itu yang mampu saya katakan. Maaf sangat, saya tidak mampu ulas lebih mengenai hubungan kami," 

Apabila berbicara lanjut mengenai ciri lelaki yang mencuri hatinya, Fasha Sandha berkata, kriteria paling penting ialah lelaki berkenaan boleh menerima kehadiran dua anaknya yang semakin membesar.

Tentang hubungan dengan Aidil, Fasha Sandha memberitahu, lebih baik dia memberikan perhatian kepada mereka yang memandang positif terhadap perkara itu.

Pelakon in tak mahu ambil pusing kata-kata mereka yang suka memandang negatif tentang hal berkenaan kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada dirinya.

"Adat apabila kita rapat dengan seseorang, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Lebih baik saya ambil kisah mereka yang menyenangi hubungan kami.

"Diikutkan, ramai yang suka, malah memberikan reaksi senang apabila saya memuat naik gambar kami bersama dua anak saya di Instagram, tidak lama dulu," 

Fasha Sandha dan Aidil Aziz menjadi buah mulut orang ramai apabila satu video menunjukkan mereka berdua di lapangan terbang dirakamkan dan ia telah menjadi viral.

Tiada ulasan