"Terbakar pula muka laki aku" - Datin Seri Rosmah

Share:

Datin Seri Rosmah Mansor telah bergurau senda denga para tetamu pada majlis ringkas sambutan ulang tahun kelahiran suaminya Datuk Seri Najib Razak untuk kali ke-65 di lobi Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada hari ini.


Ini berlaku setelah muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak nyaris terkena percikan lilin bunga api yang dinyalakan di atas kek.

Ini kata DS Rosmah secara spontan:

"Terbakar pula muka laki (suami) aku"

Sebelum itu, DS Najib diminta menghidupkan lilin bunga api berkenaan sebelum satu daripadanya menyala menyebabkan bunga api tiba-tiba terpercik dan hampir menyambar mukanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu spontan mengelak disusuli dengan ketawa besar kerana kejadian yang mencuit hatinya.

DS Rosmah selepas itu sempat berpesan kepada petugas syarikat Metamorphosis Global Studio Sdn Bhd (Metamorphosis) yang telah menaja majlis berkenaan supaya berhati- hati dengan lilin bunga api selepas ini.

Dalam keadaan berseloroh, beliau telah menggosok belakang badan lelaki terbabit sambil menasihatinya dengan nada gurau.


Turut dilihat pada majlis santai itu adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selain pelakon popular Ellie Suriaty dan Johan As'ari.

Datin Seri Rosmah turut tidak melepaskan peluang menyuap sepotong kek kepada Najib selepas diminta pemberita berbuat demikian selain memberikan ucapan ringkas.

"Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami"

Semoga Datuk Serin  Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bahagia selalu.

Sumber: HMetro

Tiada ulasan