"Tiba-Tiba Makcik Tu Tepuk Saya... Jangan Sampai Pukul Saya" - Saharul Ridzwan

Share:

Ketika ini, drama bersiri Jangan Benci Cintaku memang sedang menajdi percakapan orang ramai yang menontonnya.

Drama ini telah meninggalkan impak cukup besar bukan sahaja dalam kalangan peminat tetapi juga buat pelakon utamanya, Saharul Ridzwan.


Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Saharul Ridzwan, pelakon kacak ini memberitahu pada Jumaat lalu dia didatangi oleh seorang makcik yang tiba-tiba menepuk belakangnya gara-gara marahkan karakternya sebagai Shah dalam drama bersiri itu.

Ini pendedahan Saharul Ridzwan:

"Terkejut saya tiba-tiba makcik tu tepuk (macam Husna tumbuk Shah). Tergelak seorang-seorang pula lepas tu," 

Menerusi satu video, Saharul Ridzwan menjelaskan dia adalah Saharul Ridzwan dan bukannya Shah iaitu watak dalam drama Jangan benci Cintaku.

Saharul Ridzwan secara berseloroh memohon supaya dia tidak dipukul hanya kerana penonton bencikan wataknya itu.

"Hai, sebenarnya saya buat video ini sebab nak bagitahu yang saya ini Saharul Ridzwan bukan Shah. Kalau kat dalam drama tu ya, saya Shah.
"Tapi janganlah kat luar sampai nak pukul saya, makcik-macik yang marah betul kat saya tu. Kesianlah kat saya," 

Jangan Benci Cintaku turut menggandingkan Saharul Ridzwan dengan Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Esma Dainal dan Azizah Mahzan.

Drama ini sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam di TV3.

Sementara itu, para peminat Saharul Ridzwan memberitahu kejadian yang menimpanya itu membuktikan lakonannya dan barisan pelakon lain menjadi dan meninggalkan kesan.

Drama Jangan Benci Cintaku betul-betul telah melonjakkan nama Saharul Ridzwan sebagai pelakon popular selepas ini.

Tiada ulasan