Tiga Tahun Kahwin, Marsha Akhirnya Dedah Hubungannya Dengan Mentua.. Apa Kes?

Share:


Setelah tiga tahun berkahwin, penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Marsha Milan Londoh mendedahkan hubungannya dengan keluarga suaminya.


Marsha mendedahkan dia telah tinggal di rumah keluarga mentua dan langsung tidak rasa kekok tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Sebagai isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, Marsha Milan Londoh menjelaskan, dia tak pernah menjadikan tinggal serumah dengan mentua sebagai isu kerana sudah biasa dan selesa begitu.

Namun begitu, akhirnya, pasangan suami isteri ini berpindah ke kediaman baharu di Petaling Jaya, sejak dua bulan lalu.

Ini jelas Marsha:

"Sebelum bernikah, suami selalu membawa saya bertemu ahli keluarganya. Daripada situ, saya mula belajar membiasakan diri. Alhamdulillah, saya tiada masalah, sebaliknya gembira apabila ahli keluarga menetap sama.

"Bayangkan apabila 12 orang menetap di rumah yang sama, memang gamat jadinya. Apabila semua berkumpul, terutama pada musim perayaan, riuh-rendah dibuatnya,"

Walaupun dah pindah namun sesekali dia akan pulang ke rumah keluarga yang dijaga abangnya.

"Lagipun, kucing peliharaan saya ada di situ, jadi untuk melepas rindu, saya akan pulang. Tinggal bersama mentua, banyak perkara baharu yang saya dapat belajar. Keluarga suami juga 'sempoi', jadi saya tidak kekok,"

Awal tahun lalu, Marsha ada mendedahkan bahawa dia belajar banyak benda sepanjang duduk bersama mentua.

"Saya dah pandai cakap loghat utara kerana keluarga mentua berasal dari Pulau Pinang dan Kedah. Ketika mula-mula berkahwin, saya tak faham apa mereka bualkan, tapi sekarang saya dah mahir. 

"Selain itu saya juga belajar memasak dengan ibu mentua. Sebenarnya sangat seronok tinggal dengan mentua sebab ada ramai orang. Cuma biasalah apabila duduk di rumah orang, kenalah jaga kelakuan"

Apapun untnglah Marsha Milan Londoh kerana dapat keluarga dan ibu mentua yang amat baik.

Semoga terus berbahagia buat Marsha Milan Londoh dan suami.

Tiada ulasan