Tuduhan Dilemparkan, Noorkhiriah Tampil Buat Penjelasan

Share:

Pelakon hebat, Noorkhiriah dilihat terkejut dengan adanya komen yang ditulis oleh segelintir netizen di laman media sosial yang membuat tuduhan tak masuk akal.

Ada netizen telah menuduhnya melakukan rawatan mencatikkan bibir nya.


Menerusi satu statusnya di laman Instagram, Noorkhiriah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan.

Noorkhiriah memberi nasihat pada netizen dan juga peminat agar tidak menulis komen melulu dan sebarangan sehingga boleh menimbulkan fitnah sekaligus mendapat dosa.

Ini kata Noorkhiriah:

"Ada komen cakap saya buat bibir. Buat filler, apa tu. Tak tau jangan komen. Nanti jatuh dosa dapat fitnah"




Pelakon yang popular menerusi drama Nur itu memuat naik video di akaun media sosialnya itu untuk memberi penjelasan sebenar terhadap dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Statusnya itu turut mendapat pelbagai komen daripada peminat termasuk rakan artis.

Penyanyi Noorshila Amin menyatakan dia suka bibir atas pelakon itu tanpa melakukan sebarang rawatan.

Ini antara respon follower Khiriah:

@alwiraqqib: "perkara mcm ni dah biasa akak hahha..bibir kita pon tebal ada jga yg cakap kita buat tapi kita buat xtau je semua tu fitnah berdosa besaq tau hihi

@simply_beauty_dyxy: "Dia baru kenal khiriah kot.. Akak tengok awak dari dulu sama je dik non.. Why bother kan... Biar le dia tu

@iratu_puteri: "Kelakar lah hahah mmg tebal bibirnya dr dlu berlakun hehehe suka tgok

Apapun Noorkhiriah  memang seorang pelakon jujur yang amat cantik secara semulajadi. Teruskan berjaya Noorkhiriah!

Tiada ulasan