TERKINI: Umie Aida Izinkan Suaminya Kahwin Satu Lagi

Share:

Hari ini Umie Aida mendedahkan satu kisah yang membuatkannya menajdi bualan ramai.

Pelakon filem Dukun ini dengan tenang mendedahkan dia telah memberi keizinan kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin satu lagi atau kahwin lain.

Umie Aida yang kini berumur 45 tahun berkata suaminya tidak percaya dengan keizinannya dan terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Umie Aida.

Ianya dinyatakan sendiri oleh Umie Aida sebaik sahaja bangun daripada tidur pagi tadi.

Ini perkongsian Umie Aida:

"Pagi ni saya bangun tidur, tiba-tiba saya cakap dekat suami. Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Saya izinkan.
"Terkejut beruk abang. Dia cakap saya merepek," 
"Saya cakap saya tahu saya bukan isteri yang sempurna. Hmmm... Entahlah... kenapa dan mengapa saya boleh cakap begitu.
"Tapi yes... saya izinkan dan saya nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot," 

Umie Aida akui dan  menyedari dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna.

Namun, sebenarnya Umie Aida tidak tahu mengapa dan sebab utama dia berkata sedemikian kepada suaminya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial mendoakan rumah tangga Umie dan suami kekal hingga jannah biarpun dilanda dugaan.

Malah, ada juga sesetengah followernya yang mengaitkan komen Umie Aida itu dengan watak Husna menerusi drama Jangan Benci Cintaku.

Ini antara komen di IG Umie Aida:

"Saya doakan akak kekal ke jannah dengan abang sebab awak berdua sokong satu sama lain.

"Wow... Insya-Allah dapat payung emas. Fenomena Husna ada di mana-mana. Bahaya ni.

"Jangan cari nahas, dapat madu macam Husna dalam drama tu nanti nahas...," 

Diimbas kembali, Umie dan Khairuddin Abu Hassan bernikah di Mekah pada Mac 2010.

Apapun semoga Umie Aida dan suami terus bahagia.

Sumber: mStar/ IG Umie Aida

Tiada ulasan