(VIDEO) Erra Fazira Main Tik Tok Dengan Shahir Tapi Kemudian Terpaksa Padam.. Kenapa?

Share:

Sekarang ini tengah viral dengan aplikasi Tok Tok di laman media sosial. Malah video Tik Tok turut dibuat oleh pelakon cantik Erra Fazira.

Yang lebih mencuri perhatian ialah apabila Erra fazira main Tik Tok dengan jejaka yang rapat dengannya iaitu Shahir.

Video itu telah dimuatnaik di laman IG milik Erra Fazira.

Ini videonya:



Tidak lama kemudian, tiba-tiba Erra Fazira bertindak memadam video Tik Tok dengan Shahir itu.

Tindakan pelakon Erra Fazira memadam rakaman video muzik yang dilakukan bersama Shahir di aplikasi Tik Tok mengundang pertanyaan para follower dan peminat.

Erra Fazira ada penjelasan tersendiri dan  dia mengambil keputusan padam video itu kerana tidak mahu timbul salah faham dalam kalangan netizen.

Ini komen Erra Fazira:

"Sebenarnya tak ada apa pun, saya baru guna Tik Tok, saja suka-suka buat video tu dan ingatkan nak simpan sahaja, tapi tak tahu kena post dulu.

"Tiba-tiba tengok ramai pula yang komen dan ambil video tu. Untuk elakkan riuh, saya rasa lebih baik padam sahaja.

"Tak ada apa lah, saja cuba-cuba, rasa seronok pula belajar benda baru, feeling remaja gitu!," 

Di dalam video berkenaan, turut kelihatan Engku Aleesya disamping Erra dan Shahir.

Sementara itu, Erra mengakui tidak membaca komen-komen pengikut di laman tersebut.

"Orang kata sweet ke apa ke, saya tak tahu sebab tak baca komen-komen tu, minta maaf!,"

"Kalau boleh jaga adab dan berpada-pada menggunakan teknologi ya!,"

"Saya sendiri sakit mata kalau tengok orang perempuan yang dalam keadaan melampau guna aplikasi tersebut.

Apapun Erra Fazira dan Shahir amat comel buat video berkenaan.

Tiada ulasan