Video penuh Sheeda serang, mengamuk dengan Ifa Raziah

Share:

Nampaknya satu perkara yang mengejutkan berlaku di dalam industri hiburansemalam.


Ini apabila dua penyanyiiaitu Ifa Raziah dan Sheeda dilihat telah bergaduh di ruang parking lot di sebuah pusat beli-belah.

Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh penyanyi Sheeda di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi penerangan caption pada video itu, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Sheeda telah menghentam Ifa Raziah di laman IG miliknya.

Ini antara komen Sheeda yang merupakan ibu kepada Bienda:

"Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik... Suka buat hal... Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

"Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

"Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya,"

Menerusi video berkenaan, Sheeda telah meminta penyanyi itu bersemuka dengannya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka berdua.

Ini videonya:


Khabarnya Ifa Raziah ada ke balai polis dipercayai berhubung kejadian itu.

Kita tunggu kenyataan rasmi tentang perkara ini.


Tiada ulasan