(VIDEO) Wajah Che Ta Tanpa Solekan Tebal.. Dapat Pujian Ramai Macam Anak Dara

Share:

Pelakon popular Rozita Che Wan telah menjadi bualan ramai malam tadi. Ini setelah satu video dimuatnaik oleh selebriti ini di laman IG miliknya.

Video berkenaan menunjukkan wajah Rozita Che Wan yang digayakan dengan solekan minimal atau makeup natural.


Ternyata video itu mendapat perhatian ramai oleh para followernya di laman media sosial Instagram.

Ini tulis Che Ta:

"Tema makeup harini manis manis si anak dara manis lagi si mak dara tapi bulu mata harini 2 lapis je selalu 6 lapis supaya senang kalau sapa yg dok gatal dengan laki oghang tu terus hempas je dengan bulu mata kasi tobat. Agaknya ramai suka kami makeup natural ka makeup tebai vouge letup?"

Ini videonya:



Kemudian Che Ta ada memuatnaik foto dirinya dengan solekan tipis itu serta satu video sedang makan durian dengan wajahnya itu.

Di ruangan komen video-video dan gambar berkenaan kini sudah mencecah lebih dari 2500 komen.

Rata-rata follower menyatakan rasa teruja melihat kecantikan Che Ta dengan solekan nipis sebegitu sehingga ada yang memujinya cantik seperti anak dara.

Malah ada juga yang tak cam itu adalah Che Ta, dan melihat wajahnya lain dari seperti kebiasaannya.

Sememangnya ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini nampak lebih muda dengan gaya sebegitu. Nampak lebih remaja!

Pelakon yang popular menerusi drama Diari Ramadhan Rafique dan Kiah Pekasam ini berkahwin dengan Zain Saidin.

Sebelum ini Rozita Che Wan pernah berkahwin dengan seorang pilot dan mempunyai dua orang anak lelaki bernama Ammar Effendy dan juga Aniq Ezra.

Tiada ulasan