Ziana Zain Diceraikan Dengan Talak Satu... Ini Kenyataan Rasmi

Share:


Ziana Zain dan suaminya Armin sah bercerai talak satu sebentar tadi.



Ini apabila Armin  melafazkan cerai talak satu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Kata Ziana Zain, dia sudah lama memaafkan bekas suami di atas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan mereka dan turut meluahkan rasa syukur.

Ini kenyataan Ziana:

"Saya tidak pandai simpan dendam… Saya bukan orang jenis begitu. Saya bersyukur semuanya selesai dengan tenang dan aman hari ini.

"Syukur kepada Allah berkat kesabaran saya semuanya selesai dengan baik dan tenang. Sukar untuk saya tafsirkan air mata ini. Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik untuk hari mendatang"

"Sudah lama saya maafkan... Saya tidak berdendam dan saya bukannya orang yang begitu"

Ziana berkata dia masih belum dapat mentafsirkan situasi itu namun bersyukur ia selesai dengan baik.

Ziana memberitahu dia berharap semua pihak dapat mendoakan segala urusannya dan bekas suami dipermudahkan walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan suami-isteri.

"Saya sendiri tak tahu nak cakap apa atau mentafsirkan air mata saya namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

"Sekarang fokus saya hanyalah anak-anak dan perkara lain saya tidak mahu fikir buat masa ini"

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Ketika berkahwin, Armin merupakan seorang ketua pramugara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) namun telah menamatkan jawatannya beberapa tahun lalu.

Kemelut rumah tangga menjadi bualan ramai apabila Armin dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan jenayah iaitu mencederakan seorang anaknya pada Mac lalu.

Tiada ulasan