Berat Penyanyi Adira Naik 30kg, Kini 72kg.. Ini Gambar Terkini Adira

Share:

Bekas peserta AF, Adira Suhaimi akui badannya naik mendadak ketika ini.

Untuk pengetahuan, Adira sedang pregnant dan dijangka bersalin dan bakal menimang cahaya mata lelaki (anak kedua) pada awal bulan depan.


Berkongsi tentang kisah kehamilan kedua ini, penyanyi berumur 27 tahun ini berkata selera makan nya telah meningkat sekaligus membuatkan berat badan naik mencecah 72 kilogram berbanding sebelum ini 42 kilogram.

Ini perkongsian Adira tentang keadaannya ketika pregnant:

"Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat. Insya Allah saya akan melahirkan anak lelaki. Apabila dimaklumkan perkara ini, saya sangat gembira. Jadi, cukup sepasang.

"Cuma, sejak kehamilan saya kerap demam. Mungkin ia pembawaan budak. Disebabkan itu, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun pergi tempat yang tidak ramai orang.

"Saya juga ambil keputusan berehat daripada menyanyi sejak usia kandungan tujuh bulan. Saya mahu berehat dan fokus kepada kandungan," 

"Ketika mengandungkan anak sulung, berat badan naik dan saya kelihatan sangat gemuk. Sama macam sekarang. Ditambah pula selera makan bertambah.

"Pada mulanya risau juga kalau terkena kencing manis, tetapi selepas membuat pemeriksaan doktor memaklumkan keadaan kesihatan okey.

"Cuma, untuk proses bersalin nanti saya berharap dapat bersalin normal kerana anak sulung dilahirkan secara pembedahan. Jadi, doakan segalanya dipermudahkan nanti," 

Semoga urusan Adira ketika pregnant dan juga ketika bersalin nanti dipermudahkan Nya.

Ini gambar terkininya:


Diimbas kembali, Adira telah bernikah sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di negara jiran, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anggerik pada 10 Mac 2017 yang kini berusia setahun enam bulan.

Sumber: HMetro

Tiada ulasan