Cemas! Anak Nurul Wahab Kena Sawan.. "Dari bahu saya, terus ke lantai"

Share:

Penyanyi bersuara lunak, Nourul Wahab berhadapan dengan situasi mencemaskan seamlam.

Ini apabila anak lelaki bongsunya, Raphael Deep telah mengalami sawan (seizure/ fit) ketika mereka sekeluarga sedang berada di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.


Nourul Wahab telah tampil berkongsi kisah berkenaan dan berkata, ia berlaku di ruang legar pusat beli-belah itu sebelum dia bertindak pantas dengan meletakkan anaknya di lantai dalam posisi meniarap agar dia dapat bernafas.

Ini perkongsian dari Nourul:

"Baru sahaja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena sawan. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor," 

Dalam pada itu, Nourul berkata, itu bukan kali pertama Raphael terkena serangan itu cuma kali ini ia berlaku di luar jangkaannya.

Kata Nourul, setiap kali Raphael demam panas suhu badannya akan meningkat naik dan akan menyebabkan anaknya di serang sawan.

"Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah"

Kejadian berkenaan telah memberinya pengajaran supaya tidak mengambil mudah apabila anaknya itu mengalami fever pada masa akan datang.

Nourul juga bersyukur apabila anak kesayangannya yang berumur tiga tahun itu tidak mengalami sebarang situasi serius dan hanya ditahan selama satu malam di hospital.

"Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
"Alhamdulillah Raphael sudah baik selepas satu malam di hospital dan hanya terkena demam viral.
"Sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa-apa membahayakan," 

Penyanyi ini sempat mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu yang membantunya dalam situasi cemas itu.

"Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ," 

Untuk pengetahuan, Nurul melangsungkan pernikahan dengan seorang jejaka France bernama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

SAWAN KETIIKA DEMAM


Untuk yang ingin mengetahui lebih lanjut, sawan yang dialami oleh anak Nurul itu digelar Febrile Fit.

Febrile Fit memang boleh terjadi kepada kanak-kanak ketika demam yang mana suhu yang tinggi menyebabkan kejadian sawan berlaku.

Oleh itu apabila anak demam, dinasihati ibu bapa memantau suhu demam itu agar tidak terlalu tinggi dan haruslah membawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Tiada ulasan