Edry KRU Sekeluarga Kini Menetap Di England, Namun Ini Yang Berlaku Kepada Anak-Anaknya..

Share:

Salah seorang ahli KRU, Edry Abdul Halim kini telahpun berpindah dan menetap di England.

Edry KRU yang merupakan seorang komposer yang hebat, memberitahu dia sekeluarga telah selamat menetap di Manchester, United Kingdom namun ini yang berlaku kepada anak-anaknya.



Beliau berkata, empat anaknya masih belum dapat menyesuaikan diri sejak mereka berhijrah sejak dua minggu lalu.

Penyanyi dan komposer berumur 41 tahun ini, mendedahkan bahawa anak-anaknya masih menyangka pemergian ke negara Eropah itu adalah untuk bercuti dan bukannya menetap untuk jangka tempoh yang panjang.

Ini kenyataan dari Edry KRU:

"Alhamdulillah perpindahan kami sekeluarga dipermudahkan di Manchaster namun setakat ini anak-anak masih cuba menyesuaikan diri kerana mereka menyangka kami sedang bercuti!
"Tambahan pula sekarang masih cuti musim panas... Jadi sesi persekolahan masih belum bermula.
"Insya-Allah ada masa sedikit ini saya mahu bawa mereka bercuti di sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum mereka bersekolah," 

Edry KRU berkata demikian ketika berada di Malaysia selama seminggu untuk menyiapkan rakaman bersama empat penyanyi sebelum kembali pulang ke Manchaster, UK.

Sebelum ini, Edry KRU membuat pengumuman bahawa dia sekeluarga berhijrah ke luar negara demi anak mereka, Emery yang mempunyai Autism.

Selain Edry, turut ikut bersama ialah  isteri, Milia Mohammed berserta empat anak mereka, Emil, Edylia, Emery dan Elya akan berhijrah ke luar negara.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan anak ketiganya, Emery yang merupakan anak autism mendapatkan pembelajaran terbaik.

Dalam pada itu, Edry memberitahu dia memilih untuk menetap di Manchaster kerana di sana terdapat sebuah sekolah khas untuk golongan autism.

Di Manchaster, dikatyakan terdapat pelbagai kemudahan untuk golongan autism termasuk pusat beli-belah dan panggung wayang khas untuk anak-anak autism.

"Sekolah untuk autism di Manchaster dan Liverpool antara yang terbaik di dunia dan sebab itu kami sekeluarga memilih untuk menetap di sana.
"Semua ini kami lakukan untuk Emery dengan harapan dia mendapat pembelajaran yang terbaik," 

Tambah Edry, dia bercadang untuk menetap di negara itu selama beberapa tahun mengikut perkembangan anaknya dan jika tiada perubahan dia mungkin berpindah ke Australia pula.


Tentang kerjayanya, Edry KRU memberitahu dia tetap akan meneruskan kariernya seperti biasa malah sudah pun melancarkan syarikat rakaman iaitu KRU Entertainment UK Limited yang berpangkalan di Manchaster.

Kata Edry KRU lagi, penubuhan syarikat itu diharap dapat mencari bakat baru dari Eropah selain memperkenalkan artis Malaysia ke UK.

"Saya juga akan berulang-alik ke Malaysia... Seboleh-bolehnya sekali dalam dua bulan.
"Sekiranya ada kerja perlu diselesaikan mungkin saya akan lebih kerap pulang ke sini," 

Semoga maju jaya buat Edry KRU dan juga keluarga.

Tiada ulasan