Fazura Tak Setuju Dengan Komen Jihan Muse Tentang Lawak Faezah Elai

Share:

Pelakon Fazura diketahui ramai kecewa dengan tindakan pelakon Faezah Elai kerana dilihat membuat lawak dan mempersendakan bentuk tubuh rakannya.


Rakan Fazura itu merupakan wakil penerima trofi dan tampil naik ke atas pentas ketika acara Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

FAZURA KECEWA


Dengan kecewa, Fazura menegaskan perbuatan itu agak memalukan, tak berwibawa dan tidak sihat kepada masyarakat.

Ini komen Fazura:

"Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama digam dan ditamatkan program mereka.

"Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka (jenaka sebegitu). Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurungan seketika.

"Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu," 

TAK SETUJU DENGAN JIHAN MUSE


Sementara itu, Fazura dilihat tak setuju dengan tindakan seorang pelawak wanita iaitu Jihan Muse yang menganggap isu terbabit sebagai sekadar gurauan dan tidak sepatutnya diambil serius.

Komen dari Jihan Muse itu boleh di baca ( DI SINI )

Ini respon Fazura tentang komen pelawak popular itu:

"Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensitif.

"Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan,"

Itulah pendirian dari Fazura tentang hal ini.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan