Fiza Elite Sedang Sarat Mengandung, Lihat Bagaimana Layanan Suaminya

Share:

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang juga pelakon, Fiza Halim kini sedang sarat mengandung.

Fiza Halim atau Fiza Elite, kini sedang menanti kelahiran anak lelaki ketiga pertengahan bulan depan.

Namun selebriti ini membuat pendedahan bagaimana layanan dari sang suami terhadapnya.

Ternyata Fiza Elite seorang yang amat bertuah kerana mendapat suami penyayang, rajin dan telah melakukan semua kerja rumah ketika isterinay sedang sarat.

Suami Fiza, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, memasak, membasuh baju dan membersihkan rumah setiap hari, ianya bak layanan buat sang puteri.

Ini kenyataan Fiza Elite:

"Saya dilayan umpama tuan puteri hingga tak dibenarkan membuat kerja rumah. Suami sendiri yang melakukan semua kerja.

"Dialah yang memasak, membasuh dan menggosok baju... Pendek kata, semua perkara suami uruskan," 

Fiza dan Aizat yang juga duda anak dua, bernikah pada Disember 2016 dengan masing-masing memiliki anak daripada perkahwinan lalu.

Fiza memiliki dua puteri hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra manakala suaminya, dua anak lelaki.

Ditanya tentang keadaanya ketika hamil, Fiza Elite berkata, dia tidak mengalami alahan teruk.

"Cuma pada tempoh tiga bulan terawal kehamilan, saya tak boleh makan... Asyik nak muntah saja.

"Namun, apa yang lucu, selepas fasa itu, saya lebih suka memakan sajian Barat hingga tidak langsung menjamah nasi.

"Tak tahulah kalau terkenan 'Mat Salleh' hingga hendak makan pun jadi begitu. Saya lebih suka makan spageti dan ayam panggang. Minuman panas pun saya tak sudi," 

"Suami sangat teruja kerana dia sudah lama mahukan anak perempuan. Malah, dia bernazar berhenti merokok jika saya melahirkan anak perempuan," 

Sementara itu, Fiza juga berkata, dua anak perempuannya iaitu Ferra dan Feeya memang amat teruja untuk mendapat adik baru.

"Mereka merancang bersama suami untuk menamakan bayi yang bakal lahir. Mereka mahu pangkal nama yang sama. Saya harap orang ramai dapat mendoakan proses kelahiran kali ini lancar,"

Sebelum ini, Fiza Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 36 tahun telah bernikah dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin namun berpisah pada 2010.

Fiza kemudian telah berkahwin dengan penyanyi Adam AF pada September 2013 namun jodoh mereka tidak berkekalan.

Tiada ulasan