Gambar Mesra Dengan Gadis Ukraine Tersebar, Ini Respon Zul Ariffin

Share:

Ketika ini sedang viral beberapa keping gambar pelakon sado Zul Ariffin bersama seorang gadis warganegara Ukraine di Phuket, Thailand.

Gadnis caucassion itu dikatakan bernama Tanya Glembotska, memang cantik orangnya.

Lihat foto mereka berdua DI SINI

Spekulasi dan tanda tanya mula timbul apabila foto-foto yang telah dimuat naik oleh Zul Ariffin dan Tanya Glembotska dilihat seperti sama bermakna mereka berdua berada di lokasi sama pada tempoh waktu sama.

Akhirnya melalui portal Astro Gempak, Zul Ariffin tampil memberi sedikit komen tentang isu ini.

SAYA PERGI TRAINING DI PHUKET


"Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu,"

"Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa.

"Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya. 

"Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan," 

MEMANG KENAL WANITA ITU


"Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain," 

Menjawab dakwaan satu tulisan bernama Zul yang dicacah pada jari manis wanita berkenaan, ini pula jawapan Zul; "Inai sajalah, saya tak sangka dia akan berbuat sedemikian."

Itulah jawapan dari Zul Ariffin. Pelakon ini menafikan mempunyai hubungan cinta dengan wanita Ukraine itu.

Namun Zul akui memang mengenali wanita bernama Tanya Glembotska.

Lihat foto mereka berdua DI SINI

Tiada ulasan