Hamil anak kedua, ini kenyatan rasmi Amyra Rosli

Share:

Pelakon jelita Amyra Rosli kini dikhabarkan sedang hamil anak kedua beberapa hari yang lalu.

Kini pelakon berumur 32 tahun ini tampil membuat kenyataan rasmi. Amyra Rosli telah menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tersebar di media sosial.

Amyra Rosli mengesahkan bahawa perkara berkenaan hanya salah faham dan tidak benar sama sekali malah dia tidak mempunyai simtom-simptom hamil.

Ini kenyataannya:

"Tidak benar hamil, saya tidak periksa kerana tiada simptom-simptom hamil pun," 

Selasa lalu, berita kehamilan Amyra tersebar selepas didakwa telah didedahkan oleh rakan artis Julia Ziegler di laman sosialnya.

Menurut isteri kepada Amar Baharin ini, berlaku salah faham melalui foto berkenaan yang sebenarnya menjelaskan bahawa Julia Ziegler yang bakal menimang cahaya mata dan bukannya Amyra Rosli.

Ayat "Mom to be" itu ditujukan kepada Julia Ziegler yang kin sedang hamil.

Tulisan itu bukannya Julia Ziegler yang tulis seballiknya adalah tulisan Amyra sendiri.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang reaksi suaminya Amar Baharin berkaitan hal itu, Amyra berkata, suaminya itu hanya terkedu.

Sementara itu, apabila ditanya soalan tentang cahaya mata lelaki atau perempuan yang diinginkan jika dia benar-benar hamil, Amyra berkata dia mahu kedua-duanya dan tak kisah.

Malah, Amyra Rosli tak meletakkan sasaran berapa ramai jumlah anak yang dimahukan.

"Tidak kisah berapa ramai, selagi termampu," 

Untuk pengetahuan, Amyra Rosli dan Amar Bahrin disatukan sebagai suami isteri pada November 2016.

Mereka berdua dikurniakan seraong putera yang diberi nama Aqeef Anaqi yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: mStar

Tiada ulasan