Juara AF2015 Terlibat Kemalangan Semalam.. Bagaimana Keadaannya? Mari Doakan

Share:

Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 2015, Mohammad Sufie Rashid atau Sufi disahkan telah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Sri Hartamas.

Kemalangan berlaku sekitar jam 3.30 petang, penyanyi Sufi yang memandu kereta jenis Audi S5 telah dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang wanita berusia 43 tahun.

Keadaan Sufi baik-baik sahaja dan penyanyi ini disahkan selamat serta tidak alami kecederaan begitu juga dengan pemandu wanita berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati Sufi sedang memandu dari rumahnya menghala ke Sri Hartamas.

Menurutnya, ketika tiba di Jalan 28/70A, Sri Hartamas dia dilanggar dari arah kanan oleh kereta terbabit yang baru keluar dari simpang kanan.

Ini kenyataan pihak polis trafik:

"Kemalangan hanya melibatkan kerosakan dan tidak melibatkan kecederaan terhadap kedua-dua mangsa" 

KENYATAAN SUFI

Sementara itu, Sufi turut berkongsi kisah berkenaan di laman media sosial miliknya.

Penyanyi kelahiran Singapore ini memuatnaik foto keadaan keretanya.

Ini fotonya:




Ini katanya:

"Baru kena langgar. Semoga ada hikmah."
"Kenapalah kau tak check blindspot sister. Kau cium kereta aku, aku ada show hari ini dan seakrang kereta tak boleh gerak"
"Alhamdulillah polis sahkan tak bersalah. Tapi no car for 2 month, at least"

Apapun, syukur keadaan Sufi AF2015 baik-baik sahaja. Tiada kecederaaan. Kepada mereka di luar sana, memandulah dengan ber hati-hati. Ingatlah orang tersayang.

INSURANCE

Selain itu, Sufi juga mengesahlan dia telah claim insurance untuk membaik pulih kereta Audi miliknya itu.

Having a car insurance is important because it covers your expenses in the event of vehicle damage or injuries to other drivers, passengers or pedestrians.

All car and motor users must be insured (tak insurance) against their liability to other people, as stipulated in the Road Traffic Act 1988.

Tiada ulasan