Punca Aznil Nawawi Tak Pernah Upload Foto Anak.. Kalau Tengok Gambar Raya Pun Sorang

Share:


Pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Nawawi memang langsung tak pernah memuat naik gambar anak-anaknya di laman sosial.

Sebenarnya pengacara ini berbuat berkenaan ada sebab dan antara yang utama adalah untuk menghormati privasi mereka.


Jelas Aznil Nawawi yang lebih mesra di sapa Pak Nil, dia berasa amat bimbang jika dia upload foto anak dan tiba-tiba anak nya akan dikecam atau dikritik netizen.

Sebagai seorang bapa Pak Nil tidak mahu perasaan anak-anak kesayangannya terluka.

Ini kenyataan Aznil Nawawi:

"Saya sudah terbiasa dengan komen negatif daripada netizen tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sahajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kritik.
"Tambahan pula mereka sangat privasi orangnya dan saya tidak mahu lukakan hati anak-anak dengan komen netizen sekiranya mereka baca"

Aznil Nawawi memberitahu beliau juga tidak pernah cuba menyembunyikan anak-anaknya daripada tatapan umum tetapi di atas permintaan anak-anak, mereka tidak mahu berbuat demikian.

"Selama ini jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu.
"Sebagai bapa saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi.
"Kebiasaannya jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau pun tidak dan kebiasaannya mereka menolak"

Aznil mempunyai tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, 28 tahun, Fariq Haizen, 24 tahun dan Firdaus Hariz, 10 tahun.

Sementara itu, bercakap mengenai anak bongsunya, Aznil berkata, beliau melihat anak lelakinya itu mempunyai kecenderungan untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.

Kata Aznil, Firdaus seorang yang suka kepada fesyen selain menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang berani dan gemar memberikan pendapat.

"Berlawanan dengan abang dan kakaknya, Firdaus suka kepada bidang seni malah seorang yang banyak bercakap dan periang!
"Dia berani kehadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya.
"Apabila dia dilantik sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba saya tahu dia boleh lakukannya kerana dia memang berani dan suka memimpin"

Itulah komen Aznil Nawawi tentang perihal anak-anaknya.

Tiada ulasan