"Saya belajar untuk reda menerima ujian ini.." - Hafiz Suip derita, dukung anak pun tak boleh

Share:

Penyanyi suara lunak, Hafiz Suip akui kini terpaksa redha dengan satu ujian apatah lagi ianya berkait rapat dengan kesihatan dan juga anaknya.

Hafiz Suip bekas juara Akademi Fantasia, terpaksa memendam keinginan untuk mendukung anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri.


Penyanyi ini dilarang untuk mendukung anaknya yang kini berusia tujuh bulan kerana kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Kata Hafiz Suip, dia dilarang buat berkenaan sebagai langkah keselamatan, selain mengelak kecederaan dialami berulang, dia dinasihatkan supaya tidak mengangkat dan melakukan kerja berat, termasuk mendukung anak kecilnya.

Ini pendedahan Hafiz Suip:

"Sedih juga tidak dapat mendukung anak yang sudah semakin aktif. Tetapi, saya tidak mahu berterusan bersedih, sebaliknya saya belajar untuk reda menerima ujian ini.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin positif selepas mendapatkan rawatan daripada pakar tulang belakang dan menjalani fisioterapi secara berjadual.

"Kalau dulu, sakit menyerang tidak tentu masa, namun sekarang ia lebih terkawal. Saya juga tidak lagi bergantung kepada ubat penahan sakit," 

Muhammad Riyadh Zafri yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu adalah cahaya mata sulung Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah.

Bercerita tentang penderitaan sakit belakang yang ditanggungnya itu, Hafiz Suip berkata, kekangan itu tidak menghalangnya menjalani gaya hidup aktif, malah masih ligat memenuhi undangan persembahan pentas.

"Ujian ini saya anggap sebagai peringatan Allah supaya tidak melupakan-Nya. Jangan tunggu sehingga ditimpa sakit berat, baru teringat Allah. Saya terima ujian ini dengan berlapang dada kerana di luar sana ramai lagi berdepan dugaan lebih besar.

Namun Hafiz Suip bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menajdi mentor dalam rancangan Mentor musim akan datang.

"Saya bersyukur masih mendapat kepercayaan penganjur dan stesen TV. Contohnya, saya mendapat kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai mentor dalam Mentor musim terbaru.

"Peluang seperti ini memberikan saya ruang berkongsi pengalaman dengan bakal protege, pada masa sama mencari bakat baharu untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan sendiri," 

Selain Hafiz Suip, Mentro turut membariskan barisan tenaga pengarajar baru iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan dan Siti Nordiana.

Tiada ulasan