Sindiran Zahirah Macwilson Hanya Untuk Promo Drama Jangan Benci Cintaku, Tapi Ada Yang Terasa

Share:

Zahirah MacWilson telah memuatnaik satu staus melalui Ig Stories yang mencetuskan provokasi.

Namun pelakon jelita ini telah tampil menafikan status yang dimuat oleh dia pada Khamis ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya hanya berkaitan drama Jangan Benci Cintaku.



Pelakon utama drama Jangan benci Cintaku itu dihubungi berkata, dia berasa tercuit hati apabila perkara itu disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mencetuskan kontroversi sindir menyindir.

Ini responnya apabila ditanya tentang respon Zul Ariffin:

"Yerke (reaksi Zul), tak tahu pula.

"Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja"

Anak kepada pelakon Zainol MacWilson ini berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status di Instastory miliknya pada Khamis seolah-olah ditujukan kepada seseorang.

Nama Zahirah mendapat perhatian selepas membawa watak Feeqa dalam drama Jangan Benci Cintaku disiarkan di slot Akasia di TV3 setaip Isnin hingga Khamis.

Menerusi status berbaur sindiran itu memberitahu bahawa individu dimaksudkan itu putar belit cerita, berlagak jadi mangsa dan menyalahkan lain serta suka bermain cinta.

"Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini i love you, sana i love you. Dia buat takpe.

"Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,"

Secara tiba-tiba Zul Ariffin dilihat juga memuatnaik status seperti membalas dan menyuruh move on.

Zul Ariffin berkata, dia sibuk tak mahu melayan sindrom budak-budak baru yang ingin mendapatkan perhatian.

"Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian," 

Kemudian, Zul Ariffin bertindak memadam Instastory berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik.

Mungkin salah faham sahaja. Apapun sekrang tengah trending drama Jangan Benci Cintaku. Minggu depan akan ada episod akhir.

Jangan lupa layan.

Tiada ulasan