(VIDEO) Fathia Latiff Kantoi Lagi.. Hmm Tak Habis-Habis

Share:

Pelakon jelita Fathia Latiff sebelum ini memang selalu ada kontroversi yang hangat.

Antara yang jadi viral ialah video di Bigo Live, Fathia juga dikaitkan dengan kelantangan dalam isu politik.

Malah ada juga dakwaan dia disingkirkan dari produksi drama. Memang hangat betul.

Terbaru, Fathia Latiff sekali lagi dikritik kerana dilihat sedang merokok di sesi live Instagram milik rakannya yang juga pelakon iaitu Zarina Anjouli.

Video mula dikongsi oleh satu laman media sosial instagram dengan menggunakan nama Makcik_Puaka.

Melalui laporan Oh Bulan, akaun tersebut memuat naik rakaman semula sesi live Zarina Anjouli yang berlangsung selama beberapa minit.

Fathia dengan selamba dilihat sedang merokok.

Ini videonya:


Di bahagian komen, peminat kesal dengan sikap Fathia Latiff yang seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang melandanya sebelum ini.

Rata-rata peminat terkejut dan tidak menyangka pelakon jelita ini rupanya seorang yang merokok.




Menurut mereka lagi, tidak manislah Fathia menunjukkan aksi tersebut secara live di Instagram.

Sumber : Makcik_Puaka / Oh Bulan

Tiada ulasan