Zul Ariffin, Zahirah Macwilson Saling Perli Memerli Di Instagram.. Dah Kenapa?

Share:

Pasangan yang sudah berpisah iaitu Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson sekali lagi menjadi tumpuan.

Hubungan Zul Ariffin dengan Zahirah Macwilson sudah berakhir tetapi kisah mereka bagaikan masih ada dan tak lagi habis.


Di laman Instagram, semalam, kedua dua pelakon popular ini dilihat seperti saling sindir menyindir dan perli memerli melalui Insta Stories.

Ianya bermula apabila Zahirah Macwilson menulis luahan hati yang memerli seseorang (namun tanpa menyebut mana-mana nama) dengan mengatakan individu itu suka putar belit dan berlagak jadi mangsa serta sering menabur cinta dengan berkata "i love you" di sana-sini.

Kemudian, Zul Ariffin pula dilihat seperti membalas dengan menulis bahawa ada seseorang itu belum lagi move on dari kisah lalu.

Ini fotonya:

IG Zahirah Macwilson


IG Zul Ariffin



Dari IG stories, Zul Ariffin juga berkongsi bahawa dia tidak memerlukan 12 artikel di media untuk membuktikan sudah pulih dari kekecewaan lalu dan sudah move on.

Itulah kisahnya, adakah ini kebetulan atau tidak sengaja, hanya merek aberdua sahaja yang tahu.

Beberapa hari yang lalu, Zul Ariffin dikaitkan dengan seorang gadis Ukraine bernama Tanya.

Zul Ariffin akui mengenali gadis itu di Thailand namun bukanlah sebagai seorang kekasih.


Tiada ulasan