"Buat Masa Ini, Belum Tahu Lagi Penyakit Sebenar" - Aiman Tino Dimasukkan Ke Hospital

Share:

Aiman Tino merupakan antara penyanyi muda yang sedang meningkat naik di industri hiburan tanah air seiring dengan Haqiem Rusly dan Ismail Izzany.

Dalam perkembangan terbaru, Aiman Tino khabarnya telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Rawang semalam. Ini ekoran penyanyi berumur 2o tahun ini telah mengadu mempunyai masalah  sakit di bahagian perut selain mempunyai masalah tonsil yang membengkak dan demam.


Berita ini telah disahkan oleh ibu Aiman Tino iaitu Hazelina. Kata ibu Aiman Tino, penyanyi tersebut telah dimasukkan ke hospital dan masih dalam pemantauan pihak doktor.

Aiman Tino akan menjalani pemeriksaan lanjut di dalam perut pada pagi Rabu (hari ini) untuk melihat dan mengetahui punca masalah yang dihadapinya.


Ini pendedahan dari ibu Aiman Tino:

"Aiman kini dalam keadaan stabil. Dia dimasukkan ke hospital petang tadi selepas mengadu sakit perut dan ada tonsil di bahagian tekaknya.

"Badannya juga panas namun buat masa ini doktor masih memantau keadaannya dan Insya-Allah esok dia akan menjalani pemeriksaan perut.

"Buat masa sekarang, belum tahu lagi penyakit sebenar yang dihadapinya... Apa-apa pun kena tunggu keputusan selepas pemeriksaan"

Kisah kesihatan Aiman Tino mula jadi bahan bualan semalam apabila ada satu gambar memperlihatkan penyanyi ini yang sedang terlantar sakit tersebar.



Ada pihak dikatakan memuatnaik gambar Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri di laman media sosial.

Hazelina berharap orang ramai dapat mendoakan Aiman agar kembali pulih dan berharap Aiman tak mempunyai sebarang penyakit yang serius.

"Saya harap semua orang doakan kesihatan dan keadaan Aiman. Doakan supaya dia cepat sembuh dan dijauhkan daripada sebarang penyakit yang serius" itulah kata dari ibu Aiman Tino.



Penyanyi berumur 20 tahun ini mula popular dengan lagu Ku Rela Dibeci dan mencatatkan rekod dengan jumlah tontonan mencecah 47 juta tontonan di laamn Youtube.

Kemudian lagu Aiman Tino berjudul  Permata Cinta pula meletup dengan mencapai tontonan berjuta-juta views di Toutube.

Diruangan komen di IG, ramai mendoakan agar Aiman Tino kembali sihat.

Semoga penyanyi muda ini terus kuat dan kembali sihat seperti sedia kala. Sumber: mStar

Tiada ulasan