Datuk Boy Iman Dedah Sikap Datuk Seri Vida

Share:


Datuk Seri Vida seorang usahawan yang amat popular di Malaysia. Jutawan kosmetik ini popular di laman IG nya yang mempunyai 2 juta follower.

Seiring dengan popularitinya, Datuk Seri Vida juga banyak kali jadi perhatian ramai apabila terpalit dengan beberapa kontroversi panas. Baru-baru ini, DS Vida mula jadi tumpuan apabila timbul dakwaan menghadiahkan berlian palsu kepada penyanyi Aishah sebagai pemenang Gegar Vaganza musim ke-4.

Tak lama selepas itu, timbul pula isu Lavida Coin yang menjadi viral tetapi akhirnya diharamkan oleh Bank Negara Malaysia.

Berdepan dengan pelbagai kecaman dan tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya, masih ada individu yang ingin mempertahankan DSV. Antaranya ialah  Boy Iman.


Menerusi satu luahan di laman Instagram, Boy Iman memuat naik kenyataan meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang mudah menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar. Tulis Boy Iman, orang ramai sepatutnya menutup segala aib DSV dan memberikan kata-kata semangat kepada jutawan itu ketika beliau sedang dilanda kesusahan, bukannya menokok tambah cerita malah ada yang melemparkan fitnah.

Boy Iman berkata, bukan mudah untuk mengecap kejayaan yang dimiliki oleh DSV. Usahawan hartanah ini juga memberitahu dirinya sudah menganggap DSV seperti ibunya kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.

Katanya lagi, DSV seorang sangat baik hati dan suka membantu orang lain untuk sama-sama berjaya sepertinya.


Ini luahan penuh Boy Iman:

Saya terpanggil untuk bercakap sesuatu kepada anda yang tidak mengenali @datoserivida,
Lebih2 lagi yg bercakap negatif dan melabel beliau itu dan ini tanpa memikirkan apa perasaan dia dan sedar hakikat bahawa tiada manusia yg sempurna, ada khilafnya.
Kadang kala apa yg berlaku itu bukanlah kehendak kita,
Ianya satu qada dan qadar.

Janganlah bercakap seolah-olah awak itu sempurna, dijamin masuk syurga, menokok tambah cerita seakan2 fitnah, membuka aib beliau dan sebagainya.
Tegur ada caranya dlm islam lebih2 lg kita melayu terkenal dgn adab dan budibahasanya yg tinggi.

Cukup2 lah jd "melayu yg tipikal", sepatutnya anda support, menutup aib beliau, memberi kata2 semangat. Ingat senang ke nak jd mcm beliau?
Seorang usahawan melayu yg berjaya.
Cuba tengok ada ke bangsa cina mcm anda?
Bergossip, membawang, kecam, perli dan sebagainya.
Mereka sokong bangsa mereka.
Mereka sayang pada orang yg berjaya serta jadikan mereka ini idola.
Dari sudut bisnes dsv berjaya,
Mungkin dari sudut peribadi adanya kekurangan..itu biasa.

Saya mengenali beliau dah lama dan kami rapat pada 2013 apabila beliau menjadi penaja utama program tv beliau yg bertajuk "Diva De Vida" utk siaran Astro Prima yg diterbitkan oleh saya dan syarikat saya. Saya juga yg menguruskan perkhawinan beliau yg kedua dan ketika kedua anak beliau mengalami kemalangan saya baru pulang dari Madinah dan terus ke rumah beliau di ipoh utk urusan pengebumian.

Saya berterima kasih kepada beliau kerana pernah menganggap saya seperti anak, begitu juga saya menganggap beliau seperti mak.
Saya panggil beliau "mummy".
Sudi mengajar saya sebagai usahawan walaupun tidak lama.
Pernah marah dan menegur saya apabila saya buat silap.
Pernah nasihat saya, mendengar saya menangis dan merawat anak saya, #norulemmer masa tu sakit.
Seorang yg sgt baik, hamba Allah yg taat, pemurah, suka menderma, suka buat amal kebajikan dan suka bg orang sama2 berjaya, sgt mementingkan anak2, adik beradik dan keluarga beliau.

Jangan buat kerja Tuhan ya semua, menghukum seolah-olah kita Tuhan dan kita bukan hamba Dia.



Sebelum ini jadi kecoh apabila Lavida Coin telah disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web mempromosikan pelaburan itu juga haram dan tidak diiktiraf. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan promosi berkaitan Lavida Coin.

Tiada ulasan