Deja Moss Tidak Suci Ketika Ini, Lafaz Cerai Terpaksa Tangguh

Share:
 
Ini perkembangan tentang kes rumah tangga melibatkan selebriti Deja Moss. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, menetapkan 24 Oktober depan bagi tarikh lafaz cerai antara penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad.



Hakim Syarie, Noranizan Mohd. Sufian membuat keputusan itu selepas mendengar keseluruhan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan itu.

Apabila mendengar laporan JKP kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati JKP gagal mendamaikan rumah tangga pasangan ini. Hasil laporan ini juga berlakunya shiqah termasuk pasangan telah tidak tinggal sebumbung serumah selama setahun.

Pada masa sama, tarikh itu juga ditetapkan apabila Deja Moss selaku defendan berada dalam keadaan tak suci ketika ini dan lafaz cerai terpaksa ditangguh. Sumianya Deja Moss, Azfendy Azzuddin Ahmad bersama peguam hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur.



Deja Moss yang ditemui berkata dia reda dengan keputusan tersebut.

"Pada awal-awal dulu memang saya rasa sedih dan kecewa dengan perkara ini tapi sekarang saya sudah terima dan kehidupan perlu diteruskan," .

Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja. Deja turut hadir bersama peguam Halimatunsaadiah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 10.50 pagi.



Dia menegaskan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.

Sebelum ini Deja Moss mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Azfendy telah retak dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Tiada ulasan