Ini Videonya, Nabil Ahmad Dihentam Kerana Buat Lawak, Persenda Caliph Buskers

Share:

Rancangan hiburan MeleTop merupakan antara yag amat popular di Malaysia selain Melodi. MeleTop diacarakan oleh dua bintang popular iaitu Neelofa dan juga Nabil.

Selepas beberapa tahun mengacarakan program MeleTOP dan juga Gegar Vaganza, Nabil Ahmad boleh dikatakan antara pengacara paling popular ketika ini dan caranya yang suka bergurau disukai para penonton.



Lawak jenaka Nabil Ahmad yang dibuat secara spontan tidak dinafikan mampu menghiburkan ramai ketika menjadi pengacara.

Ketika rancangan MeleTop, boleh dikatakan cara tersendiri Nabil memang sudah cukup serasi dengan program hiburan berkenaan.

Namun, baru-baru ini, ada netizen yang kurang senang dengan gurauan kasar Nabil terhadap Caliph Buskers apabila Nabil Ahamd secara terang-terangan buat lawak agak kasar dan mempersendakan kekurangan kumpulan tersebut dimana ahlinya adalah OKU cacat penglihatan.




Semuanya bermula apabila barisan pelakon filem Langsuir datang untuk mempromosikan filem tersebut. Ada satu gimik dilakukan apabila membawa masuk hantu langsuir selepas lampu di studio padam secara tiba-tiba membuatkan penonton dan pengacara terkejut.

Nabil secara bersahaja telah meminta hantu tersebut untuk berdiri berhampiran Caliph Buskers kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya yang mana kerana mereka tidak dapat melihat.

Rata-rata netizen menganggap perbuatan Nabil itu agak biadap selain tidak menghormati perasaan orang lain apatah lagi golongan OKU.

Ini videonya:





Bukan kali pertama Nabil dikritik sebegini kerana lawaknya ketika jadi pengacara, tetapi ianya berlaku secara spontan, sudah tentu Nabil tidak berniat untuk mengguris hati kumpulan Caliph Buskers.

Sudah bertahun bekerjasama di rancangan MeleTop, Nabil pun pernah menyatakan bahawa ahli kumpulan Caliph Busker dianggapnya seperti adik-beradik dan biasa bergurau senda tanpa terasa hati.

Sumber: BeautifulNara

Tiada ulasan