"Jangan lupakan saya lagi, saya masih di sini" - Luahan Lee Chong Wei Tentang Keadaan Terkininya

Share:


Pemain badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei sedang diduga yang mana beliau telah disahkan menghidap penyakit kanser. Dari kenyataan awal, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser bahagian hidung dan ianya masih di peringkat awal. Kini Lee Chong Wei sedang menerima rawatan.

Ekoran berita yang tersebar ini, akhirnya Lee Chong Wei tampil memberi sedikit komen tentang keadaannya. Sebagai pemain nombor satu negara, Lee Chong Wei bertekad untuk kembali pulih dan terus masuk ke gelanggang.



Datuk lee Chong Wei yang kini berusia 35 tahun itu tetap mahu terus bermain secara kompetitif bertanding di gelangggang badminton.

Ini kenyataan Datuk Lee Chong Wei:

"Tunggu saya. Saya akan kembali ke gelanggang. Jangan lupakan saya lagi, saya masih di sini, Saya akan kembali segera. Terima kasih di atas keprihatinan yang ditunjukkan kepada saya sepanjang tempoh rawatan saya selama dua bulan. Saya akan berkata lebih lanjut apabila kembali nanti,"




Legenda badminton ini berkata sedemikian dalam satu mesej pesanan suara dari negara Taiwan. Chong Wei berada di sana untuk menjalani rawatan penyakitnya itu.

Lee Chong Wei yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dijangka pulang ke Malaysia pada akhir bulan ini. Ketika ini beliau berada di Taiwan ditemani isterinya, Datin Wong Mew Choo serta dua anak mereka, Kingston dan Terrance sejak Julai lalu.

Dalam kenyataan terdahulu, BAM Persatuan Badminton Malaysia telah mengesahkan penyakit yang dihidap Chong Wei. Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria meminta semua pihak supaya memberi ruang dan ketenangan kepada Chong Wei untuk pulih.




"Maklum balas terhadap laporan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan Chong Wei telah didiagnosis peringkat awal kanser hidung. Chong Wei kini berada di Taiwan menjalani rawatan dan saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada anda bahawa beliau bertindak balas dengan baik terhadap rawatannya dan kini sedang berehat bersama keluarga dan rakan-rakan rapat. Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan kebimbangan anda. Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan semangatnya. Kami menyeru semua orang untuk menghormati privasi dan keluarganya. BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan menawarkan sebarang sokongan kepada legenda kami"




Lee Chong Wei mula berehat daripada sebarang beraksi kerana mengalami gangguan pernafasan sekitar bulan Julai yang lalu dan apabila diperiksa, pihak doktor mengesahkan beliau mempunyai kanser hidung.

Semoga Lee Chong Wei terus kuat dan sebagai rakyat Malaysia, semua orang sentiasa mendoakan agar Lee Chong Wei kembali sihat sepenuhnya.

Tiada ulasan