Luahan Sayu Siti Nurhaliza Yang Terkesan Di Atas Pemergian Pak Ngah

Share:

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin amat terkesan dan berasa begitu sedih dengan berita pemergian buat selamanya komposer irama Malaysia iaitu Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah.

Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau menyifatkan pemergian Allahyarham Pak Ngah sebagai satu kehilangan yang begitu besar kepada industri hiburan tanah air kerana karya yang amat baik dari Pak Ngah. Tambah Siti Nurhaliza lagi, karya-karya hebat Pak Ngah akan terus terus kekal 'hidup' walaupun arwah sudah tiada lagi di dunia ini.



Kali terakhir Siti Nurhaliza bekerjasama dengan Allahyarham Pak Ngah adalah menerusi lagu raya berjudul Hari Kemenangan sekitar dua tahun lalu. Siti Niurhaliza menceritakan bahawa, Pak Ngah merupakan individu yang telah banyak membantu beliau dalam perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi sehinggalah bergelar penyanyi 'kesayangan' ramai tanah air.

Siti Nurhaliza sudah menganggap pak Ngah seperti ayahnya dan  menyifatkan pemergian komposer berkenaan sebagai kehilangan yang cukup besar dalam industri.



Ini komen Siti Nurhaliza:

"Saya berasa sedih terkesan dengan kehilangan Pak Ngah kerana sudah anggap Pak Ngah sebagai keluarga sendiri.

"Kenangan serta gurau senda Pak Ngah akan kekal dalam ingatan. Dia antara insan yang mula-mula jaga saya dan mahu bekerjasama dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional"

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar dalam industri seni, memandangkan beliau banyak menghasilkan karya berkualiti tinggi"


"Pak Ngah banyak hasilkan karya-karya terbaik, semoga karya-karya Pak Ngah akan terus hidup meskipun Pak Ngah sudah tiada"



Pak Ngah telah menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Provinsi Kepri Tanjung Pinang, Indonesia akibat serangan jantung pada pukul 3.05 minit petang semalam. Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa dan berita berkenaan telag disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham.

Komposer berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba keranan diserang serangan jantung. Arwah bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka telah pergi ke negera jiran kerana urusan kerja.



Nama Pak Ngah terus diukir selepas menerbitkan album 'Ala Dondang' nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997 dan nama Pak Ngah terus melonjak naik selepas menerbitkan album Cindai nyanyian Siti pada tahun 1999.

Pada tahun 2000, album Cindai mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum dan penjualan album telah melebihi 250,000 unit. Antara lagu lain ciptaan Pak Ngah yang dinyanyikan Siti Nurhaliza ialah Balqis, Hati Kama, Bergending Dang Gong, Ya Maulai, Nirmala dan Kurik Kundi.

Selain itu, Pak Ngah turut mencipta lagu popular buat Noraniza Idris dan juga Dato Jamal Abdillah.

Untuk pengetahuan, Pak Ngah merupakan pejuang Irama Malaysia dan etnik kreatif sejati, dan Pak Ngah memberi pesanan dan bimbang jika irama berkenaan mati ditelan zaman kerana sekiranya tidak diperjuangkan.



Tiada ulasan