"Tolong!! Tolong!! Tolong!! Jangan.." Komen Shafiq Farhain Tentang Kemalangan Ayahnya, Saleem Iklim

Share:


Penyanyi sedang meningkat naik yang juga peserta final program Big Stage rancangan Astro iaitu Syafiq Farhain merupakan anak kandung kepada Saleem Iklim.

Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan kini sedang dirawat di hospital.

Syafiq yang merupakan anak kandung kepada Saleem memuat naik video keadaan di hospital di laman Instagram miliknya.


Shafiq Farhain telah tampil memberi kenyataan tentang kemalangan ayahnya dan telah memohon semua pihak tidak menyebarkan berita palsu mengenai ayahnya itu.

"Tolong!! Tolong!! Tolong!! Jangan buat jangan sebar jangan viral cerita palsu pasal kematian.. Sama-sama doakan ayah saya semoga cepat sembuh... Aamiin"

Ini videonya:





Diruangan komen di IG Shafiq Farhain, para followernya dilihat telah menulis kata-kata semangat dan berdoa agar penyanyi berkenaan terus kuat semangat untuk menempuhi pentas akhir Big Stage yang bakal berlangsung esok.

Ramai juga yang berdoa agar Saleem kembali sihat seperti sedia kala dan sembuh sepenuhnya.

Sebelum ini, kecoh apabila Saleem Iklim itu dilaporkan cedera selepas 12 tulang rusuk patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru ekoran terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 16, Lebuhraya Grand Saga pada petang Khamis.

Saleem Iklim dikatakan telah keluar dari rumah untuk membeli barang dengan menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras.

Motorsikal yang ditunggangnya telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.



Dalam pada itu, Shafiq Farhain akan meneruskan persembahannya di pentas final Big Stage malam Ahad. Selain Syafiq Farhain, empat penyanyi baru dan sedang naik yang turut bersaing untuk merebut gelaran juara pertama pentas Big Stage ialah Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Baby Shima.

Final pentas Big Stage akan berlangsung malam Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Semoga berjaya buat semua perserta yang beraksi.

Tiada ulasan